Tuesday, December 20, 2011

aku cuba bertahan...

aku sekarang ibarat ombak di lautan..
terombang ambing mengikut ombak..
perasaan serba salah dan sayang bercampur baur..
bagaimana harus aku meluahkan semuanya??
hanya Allah yang memahami hati aku saat ini..
sayang yang pada mulanya hanya sekadar teman..
lama lama bertukar menjadi cinta yang terpendam..
aku sendiri lupa, sejak bila aku mencintai dirinya..
aku sedar diri aku tidak secantik orang lain..
aku juga tahu bahawa dirinya mencintai orang lain..
tapi apakan daya aku..
bukan aku yang meminta untuk jatuh cinta kepadanya..
bercakap dengannya membuat aku bahagia..
melihat wajahnya membuat hati ku berdebar-debar..
astagfirullahalzim.. apa sudah melanda dirku..
kenapa aku menjadi sebegini rupa ?
mungkin kerana kata-katanya yang manis saat berbiacara dengan ku..
dia ad mengatakan sayang kepadaku.
tapi aku ckup pasti sayangnya hanya sekadar teman..
kerana aku bukan siapa-siapa..
tapi aku juga tidak ingin mempunyai teman lelaki..
cuma aku mengharapkan sahabat yang boleh sentiasa ada bersama aku..
hanya kepada dia aku mampu meluahkan semua rasa..
kecuali rasa cintaku kepadanya..
akan ku simpan bersamaku..
jika dia jodoh yang ditentukan Allah terhadap diriku,
akan ku terima dengan hati yang riang gembira..
seandainya bukan dia milikku,
aku rela menggurkan cinta ini dengan hati terbuka..
kerana Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui..
Dia tahu apa yang terbaik buat sekalian umat manusia..